Bagaimana Menubuhkan Yayasan ?

Posted by Unknown on 01:57:00 with No comments
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera !
Soalan ni memang popular dikalangan mereka yang mengetahui apa kelebihan menjalankan aktiviti kebajikan menggunakan yayasan. Professional, pengecualian cukai, geran kerajaan dilihat sebagai diantara daya penarik bagi mereka yang memilih mengasaskan yayasan mereka sendiri.
Yayasan ialah satu pertubuhan yang ditubuhkan khusus untuk membuat kebajikan kepada kumpulan sasarnya dengan tujuan yang telah ditetapkan oleh pengasas sesebuah yayasan itu. Yayasan ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 ini boleh ditubuhkan oleh sesiapa sahaja asalkan pengasas mempunyai RM1 juta TUNAI. Ya tunai….. bukan aset-aset lain.
RM1 juta tunai diatas boleh disumbangkan oleh seorang individu atau sebuah syarikat ataupun ramai individu atau banyak syarikat. Yayasan perlu mempunyai minimum 2 orang pengasas yang kemudiannya akan bertindak sebagai pemegang amanah yayasan tersebut apabila siap ditubuhkan.
Yayasan sebagaimana syarikat, perlu melantik syarikat setiausaha bertauliah untuk mengendalikan urusan penubuhannya di Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM). Syarikat setiausaha tersebut bertanggungjawab menyediakan kertas kerja penubuhan yayasan dan menguruskan penubuhannya di SSM. Pengasas hanya perlu semak kertas kerja yang disediakan dan jika bersetuju mereka boleh menurunkan tanda tangan.
Untuk penubuhan yayasan diluluskan, SSM akan menyemak dan memastikan kertas kerja penubuhan yayasan yang disediakan oleh syarikat setiausaha adalah lengkap dan mematuhi peruntukan AS 1965 sebelum boleh diserahkan kepada Menteri.
Bagi syarikat setiausaha yang berpengalaman, penubuhan yayasan hanya mengambil masa dalam 1-2 bulan sahaja. Saya sangat menasihatkan anda yang ingin menubuhkan yayasan untuk mendapatkan khidmat syarikat setiausaha yang berpengalaman dengan penubuhan yayasan bagi menjimatkan wang, masa dan emosi anda.