Hubungi : 014-8121143/016-6633049

  • Khidmat Kesetiausahaan Syarikat sejak 1983

    Khidmat Tubuh Syarikat, Daftar Syarikat dan Lain-Lain(Sdn. Bhd. , Berhad, Yayasan) Cepat, Mudah, Diyakini. Berada dalam industri Khidmat Kesetiausahaan Syarikat sejak 1983 sehingga kini telah berkhidmat kepada lebih 3000 buah syarikat.

    Read More
  • Wajibnya Setiausaha Syarikat

    Setiap syarikat diwajibkan melantik minimum seorang setiausaha syarikat yang merupakan ahli badan professional atau dilantik oleh SSM untuk menjalankan kerja-kerja sekretarial.

    Read More
  • Tugas dan Tanggungjawab Kami

    Tugas dan tanggungjawab kami sebagai syarikat setiausaha luar (external company secretary):- Menjaga dan mengemaskini buku minit dan daftar. Menjaga penggunaan ‘seal’ syarikat dan hanya digunakan dengan kebenaran lembaga pengarah Membolehkan pemeriksaan buku minit dan....

    Read More

Monday, 18 April 2016

Apa Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Perniagaan Perkongsian ?

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera !
Jika anda masih ingat lagi sebelum ini saya ada menyiarkan post berkenaan perniagaan milikan tunggal. Kali ini saya akan berkongsi pula tentang apa yang anda perlu ketahui berkenaan perniagaan perkongsian.
Perniagaan perkongsian adalah satu bentuk lesen kebenaran menjalankan perniagaan yang diberikan oleh Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) kepada lebih dari seorang pemilik untuk satu tempoh tertentu.
Apa yang anda perlu tahu tentang PERNIAGAAN PERKONGSIAN ialah :
Pemilik : Minimum 2 orang pemilik dan maksimum 12 orang pemilik. Pemilik-pemilik ini merupakan rakan kongsi dalam perniagaan perkongsian.
Tujuan : Perniagaan perkongsian kebiasaannya didaftarkan oleh mereka yang ingin menjalankan perniagaan secara perkongsian dengan lebih dari seorang individu. Perniagaan perkongsian juga sesuai didaftarkan oleh golongan professional seperti peguam, arkitek, juruaudit, akauntan bagi tujuan menyediakan khidmat professional mereka.
Perjanjian : Perjanjian diantara rakan kongsi adalah salah satu elemen penting dalam perniagaan perkongsian. Jika tiada perjanjian sendiri dihantar ketika proses pendaftaran perniagaan dibuat, Akta Perkongsian 1961 akan terpakai secara automatik.
Keuntungan : Jika tiada perjanjian sendiri sesama rakan kongsi, keuntungan perlu dibahagikan secara samarata diantara semua rakan kongsi tanpa mengira berapa modal yang setiap seorang dari mereka keluarkan.
Pemilikan : Jika tiada perjanjian sendiri sesama rakan kongsi, kuasa pemilikan perniagaan adalah secara samarata diantara semua rakan kongsi tanpa mengira berapa modal yang setiap seorang dari mereka keluarkan.
Gelaran : Ketua bagi perniagaan perkongsian kebiasaannya digelar sebagai pengurus, pengurus besar/am, managing partner dsb.
Perundangan : Tertakluk kepada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian 1961.
Pendaftaran : Semua bakal rakan kongsi perniagaan perlu menghadirkan diri ke mana-mana cawangan SSM dengan membawa bersama kad pengenalan masing-masing dan perjanjian perkongsian (jika ada). Pendaftaran juga boleh dibuat secara atas talian melalui www.malaysia.gov.my.
Akaun Bank : Perniagaan perkongsian boleh memiliki akaun semasa di mana-mana bank dan akan diberikan kad ATM sebagaimana pemegang akaun individu. Buku cek juga akan diberikan atas permintaan.
Pematuhan : Tidak perlu melantik setiausaha syarikat dan juruaudit. Hanya perlu menyediakan akaun pengurusan perniagaan bagi tujuan pengiraan cukai pendapatan. Laporan akaun ini boleh disediakan sendiri oleh pemilik atau menggunakan bantuan professional.
Cukai : Pendapatan hasil dari perniagaan perkongsian perlu dikira sebagai cukai pendapatan individu setiap rakan kongsi.
Pengurusan : Jika tiada perjanjian sendiri sesama rakan kongsi, semua rakan kongsi dianggap sebagai ahli pengurusan perniagaan yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan harian perkongsian.
Pemecatan : Jika tiada perjanjian sendiri sesama rakan kongsi, tiada seorang rakan kongsipun boleh memecat atau membuang mana-mana rakan kongsi yang lain.
Liabiliti : Perniagaan perkongsian dan rakan kongsi adalah entiti yang sama di sisi undang-undang. Dengan kata lain, sekiranya perniagaan tidak mampu membayar hutangnya, harta benda semua rakan kongsi boleh diambil untuk melangsaikan hutang-piutang tersebut. Begitu juga apabila mana-mana rakan kongsi yang disaman oleh pihak lain ketika menjalankan tugasnya, semua rakan kongsi akan turut sama bertanggungjawab serta boleh disaman sama.
Sebagaimana dijelaskan diatas, perniagaan perkongsian adalah sekadar lesen bagi membolehkan rakan kongsi menjalankan perniagaan sahaja. Untuk langkah permulaan bagi mereka yang baru membiasakan diri dengan dunia perniagaan, ianya mungkin sesuai.
Walaubagaimanapun, bagi perniagaan perkongsian yang telah sekian lama dijalankan serta mempunyai modal dan transaksi perniagaan melibatkan wang yang banyak, menjalankannya menggunakan perniagaan perkongsian adalah satu pilihan yang kurang bijak serta berisiko tinggi.
Seeloknya dan secepat mungkin anda dinasihatkan supaya menaikkan taraf perniagaan perkongsian  samada ke syarikat perkongsian liabiliti terhad ataupun sendirian berhad untuk mendapatkan perlindungan terhadap liabiliti peribadi anda.

Bagaimana Menubuhkan Yayasan ?

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera !
Soalan ni memang popular dikalangan mereka yang mengetahui apa kelebihan menjalankan aktiviti kebajikan menggunakan yayasan. Professional, pengecualian cukai, geran kerajaan dilihat sebagai diantara daya penarik bagi mereka yang memilih mengasaskan yayasan mereka sendiri.
Yayasan ialah satu pertubuhan yang ditubuhkan khusus untuk membuat kebajikan kepada kumpulan sasarnya dengan tujuan yang telah ditetapkan oleh pengasas sesebuah yayasan itu. Yayasan ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 ini boleh ditubuhkan oleh sesiapa sahaja asalkan pengasas mempunyai RM1 juta TUNAI. Ya tunai….. bukan aset-aset lain.
RM1 juta tunai diatas boleh disumbangkan oleh seorang individu atau sebuah syarikat ataupun ramai individu atau banyak syarikat. Yayasan perlu mempunyai minimum 2 orang pengasas yang kemudiannya akan bertindak sebagai pemegang amanah yayasan tersebut apabila siap ditubuhkan.
Yayasan sebagaimana syarikat, perlu melantik syarikat setiausaha bertauliah untuk mengendalikan urusan penubuhannya di Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM). Syarikat setiausaha tersebut bertanggungjawab menyediakan kertas kerja penubuhan yayasan dan menguruskan penubuhannya di SSM. Pengasas hanya perlu semak kertas kerja yang disediakan dan jika bersetuju mereka boleh menurunkan tanda tangan.
Untuk penubuhan yayasan diluluskan, SSM akan menyemak dan memastikan kertas kerja penubuhan yayasan yang disediakan oleh syarikat setiausaha adalah lengkap dan mematuhi peruntukan AS 1965 sebelum boleh diserahkan kepada Menteri.
Bagi syarikat setiausaha yang berpengalaman, penubuhan yayasan hanya mengambil masa dalam 1-2 bulan sahaja. Saya sangat menasihatkan anda yang ingin menubuhkan yayasan untuk mendapatkan khidmat syarikat setiausaha yang berpengalaman dengan penubuhan yayasan bagi menjimatkan wang, masa dan emosi anda.

Sunday, 10 April 2016

Panduan Untuk Bakal Pelabur Di Pasaran Saham

Lakukan Ujian Kewangan Kendiri
Analisis objektif kewangan, kekangan dan ketahanan terhadap risiko. Tanya diri sendiri samada anda sudah bersedia dari segi kewangan untuk melabur di pasaran saham? Jangan sekali-kali meminjam untuk melabur di pasaran saham. Dalam pasaran yang sentiasa turun naik, anda boleh kehilangan wang yang dipinjam dan masih terpaksa membayar pinjaman tersebut.
Berurusan Hanya Dengan Pihak Berlesen
Syarikat broker saham anda dan wakil peniaganya mesti dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Untuk semakan segera, sila layari tapak web SC atau hubungi 03-62048000 (Jabatan Pelesenan)
Buka Akaun Dagangan CDS
Buka akaun CDS (Sistem Depositori Pusat) dan akaun dagangan di syarikat broker saham anda. Akaun ini adalah untuk kegunaan eksklusif anda. Jangan benarkan sesiapa, termasuk wakil peniaga anda menggunakannya untuk urusniaga mereka sendiri.
Ketahui Produk Yang Diurusniagakan di Bursa Malaysia.
Buat penyelidikan. Kenali produk-produk yang diurusniagakan di Bursa Malaysia. Dapatkan maklumat yang secukupnya mengenai produk-produk tersebut daripada wakil peniaga atau jika tidak, layari tapak web Bursa Malaysia.
Ketahui Tentang Syarikat
Sebelum melabur, buat penyelidikan (ya, sekali lagi!) terhadap syarikat yang anda bercadang untuk membeli sahamnya. Kenali syarikat itu dengan membaca prospektus, laporan tahunan dan artikel dalam akhbar. Keputusan pelaburan anda mestilahberdasarkan maklumat. Elakkan khabar angin dan ramalan.
Berikan Arahan Yang Jelas
Arahan kepada wakil peniaga mestilah jelas. ” Fifteen” lot dan ”fifty” lot bunyinya mungkin sama di telefon. Berhati-hati kerana di pasaran saham, komunikasi yang tidak betul boleh menyebabkan anda mengalami kerugian yang banyak.
Semak Nota Kontrak Anda
Setelah anda berurusniaga, semak dengan teliti setiap nota kontrak sebaik-baik sahaja anda menerimanya. Jika terdapat sebarang kesilapan, hubungi syarikat broker saham anda dengan segera untuk membuat pembetulan.
Pantau Pelaburan Anda
Jangan biarkan pelaburan anda tanpa dipantau. Perkara yang anda tidak ambil peduli itu mungkin nanti boleh menyusahkan anda.
Penuhi Tanggungjawab Dan Laksanakan Hak Anda!
Sebagai pelabur, anda mempunyai tanggungjawab untuk dipenuhi dan hak untuk dilaksanakan. Jangan mengabaikannya.

Thursday, 24 March 2016

Perkhidmatan e-Lodgement Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) melalui Portal myGovernment telah ditamatkan

Pelanggan Yang Dihargai, Harap maklum bahawa sistem e-lodgement SSM melalui portal myGovernment telah ditamatkan bermula 1 Mac 2016. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dimajukan kepada Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Terima kasih.